Saturday, February 28, 2009

X Files

Subjek 1 - Umur 16 tahun. Dulu kelas biasa sekarang kat Kelas Pemulihan untuk pelajar istimewa, takde sebab lain, dia ni masih tak boleh membaca, mengeja jauh sekali...
Latarbelakang famili - adik beradik 8 orang. Mak diceraikan 8 tahun lalu, sekarang mak masuk ITM, bukan lecturer, tapi Penyapu Officer. Gaji RM500, tolak duit van datang angkut pegi-balik tingga RM380. Adik beradik lain SEMUA tak leh membaca. Oh ya, dia ni pompuan, anak ke-dua. Yang sulung patutnya tingkatan 5, tapi dah renti sekolah.

Maklumat tambahan - penah mak dia mintak rumah PPRT dari Tok Sidang kat kampung dia - reject beb! Kate TS tu, sebab PPRT untuk orang yang ada laki, bukan janda. Ye Ke? Keluarga ni penah menyewa rumah RM40 (baca betul bukan ratus..puluh), tapi kena dushhh...tak mampu bayo, abih tu pindah rumah dhaif kat tepi bendang -RM20, tak mampu jugak... sekarang balik duduk kat umah opah. Kat umah opah ada sembilan yang lain, termasuk mak-mak sedara dan opah yang ditakdirkan jadi janda jugak.


Subjek 2 - Baru pindah dari Selangor, bapak dia kat KL. Tingkatan satu - lelaki. Baik dan ramah. Bapak dah lama tak jenguk, mak buat kuih - bukan jual kat Giant atau Carrefour- kat tepi jalan je. Kekadang tanya cikgu2 nak order nasi, kuih atau makan ringan tak? Ramai cikgu order sebab siankan dia je....

Maklumat tambahan - adik beradik tujuh orang dia nak SULUNG. Mak bapak muda lagi. Pelajaran tak berapa le...kecik lagi dah jadi Perunding Ekonomi keluarga. Sapa nengok muka dia yang senyum sokmo dan comel tu mesti tak sangka budak tu tengah berperang hebat jiwanya...


Subjek 3 - Lelaki, tingkatan satu jugak. Adik-adik ada enam- jadi dia ni yang sulung le.

Maklumat tambahan 1 - Surat sijil lahir dia ada nama bapak, tapi Abdullah, nama adik2 yang lain berbin dan berbintikan orang lain. Bila tanya, dia kata, mak cakap kut orang tanya, dia sorang bin Abdullah yang lain bin $#@*&. Tapi katanya Abdullah tu adalah orang yang sama dengan $#@*&.

Maklumat tambahan 2 - bergerak berdasarkan Maklumat tambahan 1, didapati beberapa belas orang pelajar lagi, dari kelas dan tingkatan yang lain, latarbelakang deme SAMA!! Ya Allah, ampunkan keterlanjuran hambaMu...


Subjek 4 - Pompuan, umur 17 tahun. Nak SPM ujung tahun ni. Peramah tapi pelajaran memang k.o. Pemegang rekod kesalahan disiplin yang hanya boleh ditandingi oleh pelajar lelaki.

Maklumat tambahan 1- mak sakit buah pinggang. Abang renti sekolah nak jaga mak sebab dia memang tak leh berjalan atau buat kerja rumah. Ayah ada dua bini, selalu di rumah bini muda. Empat beradik - yang bongsu. Mak tiri ada 6 orang anak. Kerja budak ni Pegawai Ternak. Bayangkan zaman sekarang mana ada budak pompuan jaga lembu lepas balik sekolah tapi inilah yang terpaksa dia lalui. Kut tak ikut arahan, dapat sepak terajang sebab bapak dia memang garang. Dia penah teruk kena belasah sebab petang tu dia pegi ko-kurikulum kat sekolah, lembu takde sape babysit. Ni bukan cerpen...tapi ni realiti. Sebab tu dia selalu lepas geram kat bebudak lain.

Maklumat tambahan 2 -Raya posa tahun lepas ada cikgu bagi baju raya kat dia, punya lah happynye dia sampai hiba sayu cikgu tu tengok dia. Maklumlah budak ni cengih, bengis, tapi dapat baju raya dia terus nangis...katanya selalu pakai seluar ngan T-shirt abang dia je, dia sorang je pompuan. Bapa asyik beli untuk anak mak baru je......
..........
SEKADAR BERKONGSI MAKLUMAT YANG KORANG TAK NAMPAK

Astagfirullahalazim, BETUL KE ? PATUTLAH !

"Jawapan bertulis yang diberi kepada Loke terdapat 10 kali 'special draw' (cabutan khas) yang dibuat selepas Najib menerajui Kementerian Kewangan."Dengan cabutan itu kerajaan mendapat hasil cukai itu sebanyak RM77,026,171.04. dan dalam jawapan kementerian itu bahawa cabutan bertujuan untuk dana pendidikan, kesihatan dan sebagainya, " - daripada sidang Parlimen.

Adakah angkara di atas telah menyebabkan murid-murid kita tak pandai-pandai, ubat-ubat di hospital dah tak mampu merawat atau apakah..........duit ala judi tu berkat lagi ke?

Di manakah mufti-mufti Islam Hadhari?,SPRM? Mahaguru silat? Siapakah orang yang patut bertanggungjawab? Apakah jawapan Senator Datuk Dr. Mashitah ? Adakah matlamat menghalalkan cara ? Sanggupkah melihat anak-anak kita ..............ishh, omputih kata "GODDAM IT"....

Tuesday, February 24, 2009

KALAU LAH !


From Malaysian Insider: KUALA LUMPUR, Feb 22 – An Umno lawyer is understood to have been instructed by the Barisan Nasional (BN) party to seek advice from a Queen’s Counsel in London in an effort to break the constitutional impasse in Perak. The lawyer is said to have left for London yesterday to meet with an unnamed QC even as the question over the legitimacy of the current MB Datuk Zambry Abdul Kadir is already before the courts here.

Siapa yang bayo pergi London tu ? Berapa hari ? Tiket, Hotel, Makan, Shopping dan Pocket Money - banyak tak ? 10,000, 20,000, 30,000 atau lebih lagi. Kalaulah duit tu disumbangkan pada pelajar-pelajar yang tidak bernasib baik untuk memasuki sekolah Teknik, tentu ramai yang senyum. Tentu ramai yang akan mengenang jasa "mereka". Tentu ramai yang akan masuk asrama yang makanannya sedap. Tentu ramai akan melopong tengok cikgu-cikgu yang cun melecun. Tentu air mata Manja tak akan mengalir.........

Kalaulah.....

Monday, February 23, 2009

SORANG LAGI !


Hari ini anak jantan sulong teman masuk sekolah asrama. Punye le seronoknye die. Malam tadi tak boleh tido katenye. Sampa ngiga-ngiga, "Teknik-Teknik, MB, MB Nizar, Nizar" Ape ha anak sorang aku ni. Apa sangkut paut MB Nizar dengan Teknik. Masa mendaftar tadi barule teman tahu, MB Nizar pernah ngaji sini. Itule yang dapat Ir tu. Agaknye anak teman nak ngikut jejak langkah MB Nizar kut. Kalau ye, Alhamdulillah, beriman, panda, senang dengan orang rama, mesra alam le katakan...

Pagi tadi tobang RM900. Itu tak kira baju nye, kasut, stokin, Bofa set, T square, spenda, pen, biskut, dan bermacam-macam lagi. Duit "skupih"-istilah emak teman (school fees), tu teman korek dari Tabung Aji. Nasib baik ada Pak Aji sorang tu. Kelmarin ade le makcik datang ke romoh, Pak Aji nye dah kerin, jumpe le Mak Aji teman, nak minjam duit, nak nganto anak ke sekolah teknik, katenye. Ate, Bofa set tu bukan moroh, bukan dapat sekupang due. Nak melukih "technical drawing" ni bukan boleh pakai pembaris je. Nanti tak strit line tu.....

Pasal ape le mahal sangat nak nganto anak ke asrama ? Pasal ape tak free je ? Kesian si Zahir, nak pegi duit tak ade (tak mandang), nak kobek mane, biasiswa dah abih buat bayo awal tahun dulu, nak tolong adik-adik lagi. Si Manja menung je, mak kate, lupakan le niat kamu tu. Mak bukan ade duit dah. Rantai emas mak dah mak gadakan. Abang kamu nak masuk UiTM. Kamu duduk le kat Lambo ni, abih sekolah esok, tengokle ape yang ade- polih ke, atenden hospital ke, koje kilang pun tak ape. Sian Manje. Hasratnye nak jadi jurutera hanye tingga angan-angan je.... mate Manje berayo, Sedih................

Cikgu Mamat cakap sekolah die hanye 35% saje pelajar yang datang mendaftar... dari 400 surat tawaran yang dihanto, hanya 103 aje yang mendaftar hari ini. Ate mane idaknye, nengok surat tawaran tu, siap dengan jumlah bayaran yang kene bayo, asramanye, koperasinye, itu le, ini nye. Macam-macam ada! Nak berpino (berpinar) mate nengok jumlah yang nak kene bayo. "Cikgu Bofa set tu natang ape ? " Kalau tak payah beli, tak ape? " " Kalau tak payah pakai baju batik, tak ape ke?" Ate nak suruh anak tu paka T-Shirt pagoda je ?

Kenape agaknye orang tak mampu nak nganto anak ke asrama. Tak seronok ke sekolah Teknik ni ? Tempat nye lawa, makan kere moroh le RM1.00 sari, sedap pulak tu, asrama selese, nengok tilamnye sedap dari tilam kekkabu teman, cikgu nye mok, lawa-lawa..... Agaknye inilah kesah 80,000 orang kene buang koje tu. Nak nganto anak ke sokolah teknik ke, nak meli berah. Nak beli Bofa set ke, nak bayo bil api (yang udah ade surat merah sekali tu). Nak beli kasut asrama ke , nak beli susu Dutchbaby untuk adik ? Udah tak tahu yang mane.....

Agak-agak nye le, menteri-menteri di Puterajaya tu tahu ke ? Agak-agak orang yang bertekak di Dewan Parlimen "yang mulie" tu reti ke? Tahu ke deme Tok si Zahid bangkit pukul 4 pagi, tenggek ayo, ngoren cucur badak, buat karipap, diang daun pisang buat nasi lemak dan jua pepagi sampa pukul sebelah, dapat untung RM8.00 aje ! (Ini cerite betul, Wallahi), Tahu ke raje-raje, tengku-tengku, dato-dato, tan seri-tan seri yang, rama orang susah di negara ini ?

Teman tahu sebab teman dikelilingi oleh marhaen-marhaen yang koje siang malam cari sekupang due

..........bukan CEO, bukan sales executives, bukan senior executive, bukan doctor, bukan lawyer, bukan lecturer, bukan bank officer, bukan Regional Manager, bukan Remiser, bukan Credit Officer.......

Tapi........ nebah, nyangkul, noreh, bebendang, ngago ikan, nyale, ngambik upoh, nyage anok orang, jua nasik lemak...........

Anak teman, tige minggu lagi balik......

Saturday, February 21, 2009

BAKAL ATLET-ATLET MELAYU YANG BERIMAN


Para pelajar SERINE Titi Gantung bergambar dengan pingat masing-masing setelah berjuang dengan semangat kusukanan semasa temasya sukan tahunan di Mini Stadium Bakri Rais, Bota Kanan pada 21 hb Februari, 2009. Majlis diraikan dengan kehadiran YB Idham Lim yang merasmikan temasya sukan tersebut.

Tuesday, February 17, 2009

Why PPSMI fails !

The LCD casing was erected but the LCD was never installed, thus used for PPMSI. The UPS is still new but never used. Yet, nobody even bother to complete the job. Nevertheless, some people become millionaires !

Sunday, February 15, 2009

AMIR DAH BOTOK ?


Bile nengok Amir tadi, seronok rasenye. Die ceria. Happy je bakal ulama teman tu. Pala dah tak ade rambut. Senang Daddy, tak payah sikat, tak payah syampu. Die masih lagi dalam "probation", tak boleh balik, 44 hari. Dah abih belajo tajwid dsb katenye. Minggu depan, test dengan ustaz. Kalau lulus boleh start menghafal.

Die kate pagi tadi mencing. Dapat ikan keli. Siap bako, entoh le paka ape. Lepah tu ratah dengan kengkawan. Semalam dapat belut, dan mintak kebenaran ustaz nak bela! Budak tu dulu nak pegang cacing pun penakut pahit. Bila duduk sendiri dah boleh mancing, pegang cacing, bako ikan, dan bermacam2 lagi yang tak pernah terpikio teman die bulih buat. Minggu lepas siap cerita, Daddy Amir nampak hantu ! Pegi kencing memalam nampak bende tobang. Entah ye entah tidak die kate antu. Entah2 senio die nyakat....

Bile bebudak ni dah beso, teman rase dah tue. Rase susah nak lepahkan deme keluo sarang. Tapi lame kelamaan kene juge lepahkan anak2. Tak kan sampa toben nak duduk bawak ketiak mak bapak. Kekecik dulu jenuh basuh pong***g, taik, kencing ni tak ade bende. Bile dah beso, bebaga ragam pulak. Kalau kite tak sediekan ilmu akhirat yang secukup nye, entah le. Dalam dunie cyber, glokal, endless world dan berbaga lagi, yang tak cukup ilmu di dade, akan jadi manggse....

Tuesday, February 10, 2009

AMPUN TUANKU CENDERAWASIH.........


Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Pandanglah hamba si gagak hutan
Sebelah mata pun hamba tak terkilan

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Adumu bercadarkan pintalan gemawan
Tidur hamba beralas reranting hutan

Tak hamba terkelindan sayap dipatahkan
Tak hamba terkilan telur hamba dipecahkan
Hamba akur dengan suratan
Hamba akur dengan kehendak Tuhan
Hamba akur berketurunan bermandi hinaan

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Kau pinta didodoikan rintikan hujan
Ku mampu rintih senandung kedukaan

Penat hamba menanam ubi
Ramai berladang nenas di seberang
Penat hamba menabur budi
Emas jua dipandang orang

Orang cina menghisap madat
Duduk di bangku berkain chukin
Hina besi kerana berkarat
Hina manusia kerana miskin

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Kau pinta didodoikan rintikan hujan
Ku mampu rintih senandung kedukaan

Aduhai cenderawasih pintamu keterlaluan
Kau inginkan hamba kalungkan bulan
Kau kepinginkan kerabu dari bintang berkerdipan
Kau dambakan rantai untaian buih lautan
.........................................................................................
Ampunkan Patik Tuanku.
Sembah Patik Harap Diampun

Monday, February 9, 2009

MY SON IS ACCEPTED TO A BOARDING SCHOOL


"Daddy, I got to be selected into the school that our MB went to." "Congratulation my son. Pursue your dream. Maybe one day you may be like YAB Ir Hj Nizar", I said to my son, who admires Hj Nizar to be his idol.

"But Daddy, I am very sad that my friend Samad can't go with me. He really wants to go. He has all the talents to be an engineer, his result is even better than mine", my son replied.

"His father is a retired army, and he is odd jobs now. Samad is the eldest and all his younger brothers are schooling too. His mother is just a UTP cleaner. Surely they can't afford to pay for all the expenses", my son's tone of voice showed sadness. " Dad, he is my best friend, you know that."

My son was right. Samad is a regular at my house. He eats and sleeps in my small home. I could see his face that he how he wishes to be my son. His father makes just enough to make ends meet. Luxury is not in their list. Just to survive with his ailing mother-in-law.


How i wish things could have been different.


I know Samad always dreams to have

-a rich father,

-a UTP senior executive father,

-a rich grandmother with 40-acre rubber plantation,

-a father who works at a multi-international firm earning a lot,

-a few professional brothers or sisters who surely can help,

-some philanthropists to solve his predicament,

-me as a father.


I always wonder if Samad's father is included in the Felcra scheme. Maybe he can get money from them. A 5-acre palm oils farm really would help. A question popped to him but to my surprise, he was denied to get the land for reasons he could not understand. He said he is not an opposition member. He risked his life to climb trees to put their flags during last election. He sacrificed his sleeps to prepare meals for people. He did his best to ensure winning for his party. But, as a return for his unlimited helps, only a trip to Putrajaya with RM50 pocket money.


I also wondered, why on earth did some people get the lands, some even with steady monthly income. I wondered what do they do with the "easy money". Buying new set of furniture - a Jati Jepara maybe, a new set of jewelery, or a brand new set of 42" SONY LCD TV. The list may be different but Samad really needs the money, desperately.


The registration is on 23rd February, may be they still have time to get at least RM1000 for new uniforms, stationery, pocket money, food and so on. Maybe he can see the YB's or go to Lembaga Islam PERAK for tithe money, maybe HE JUST HAS TO FORGET HIS DREAM!





Wednesday, February 4, 2009

JOM MAKAN LAKSA !

Laksa adalah makanan kegemaran anak teman, Amir. Dia boleh makan 2 mangkuk sekali hadap. Semalam dia kata lama tak makan laksa. Dia kena kurantin 40 hari. Tak boleh balik, tak boleh keluar. Makin kering Amir. Mungkin sebab tak dapat makan laksa. Di MTQ makanan terhad dan awal sangat, makan malam 6.30 pm (tengahmalam jenuh lapo). Amir suka makan banyak kali, berulang-ulang. Kalau laksa mak dia buat, pakat mengadap benda tu je, lagi tak abih. Agak-agaknye kalau orang Malaysia makan laksa saje boleh hidup ke?

Sunday, February 1, 2009

SIAPAKAH YAHUDI ?

Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam.
Mengapa ini berlaku? Siapa mereka ini? Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman. Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular. Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia). Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam. Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman). Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times). Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion. Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.
Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.

Mempengaruhi Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel. Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa? Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu. Mengapa umat Islam terlalu lemah?D ianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam.

Mengapa orang Islam terlalu lemah? Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam. AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500. Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf. Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam. Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta). Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya. Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan. Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat. Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.

Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion. Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.

Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?
Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran.