Sunday, June 27, 2010

SUSAHNYA NAK BELAJO SEKARANG NI !!!!

Anak aku tiba-tiba nak buat TESL. Dulu dapat masuk Matrik tak mahu, KIP tak mahu. Masuk UiTM buat ID, habis satu semester, dia kata tak boleh buat. Susah. Tak ada Jiwa... Sekarang nak masuk UNISEL buat TESL. Pening kepaa aku. Sekarang kena apply PTPTN... Biar dia susah sikit. Nak pinjam duit pun susah. Bukan nak duit free. Dulu senang je nak dapat biasiswa. Sekarang entahle.... Hopefully her siblings will be OK.

Saturday, March 27, 2010

MESYUARAT PIBG MAHAAD AL-AZIZ

Bertempat di Cempaka Sari Rest House, Parit, sekumpulan ibu bapa dan guru-guru cemerlang sedang berbincang untuk mencapai kata sepakat untuk mengembeling tenaga bagi merealisasikan objektif untuk memajukkan salah sebuah sekolah agama di Perak, Mahaad Al-Aziz, Parit.




Monday, May 25, 2009

SENANG JE DEME NAK SPEND DUIT KITE !


(Dari MStar) SELAMAT BERJUANG...Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (kanan) melilitkan bendera Negeri Perak kepada dua perenang adik-beradik Zahra Ma'soumah (dua, kiri) dan Salman Ali Shariati (dua, kanan) selepas mengumumkan kerajaan Perak akan menyumbang sebanyak RM30,000 kepada mereka di pejabatnya .

Banyak lagi orang susah di Perak ni yang TAK MAKAN ! Ramai lagi budak sekolah yang terpaksa CANCEL masuk universiti sebab TAK ADE DUIT !

Budak berdua itu kalau nak berenang, biak pi la ! Sape suruh berenang CROSS Selat Inggeris ! Pasal APE KITE nak Tanggung ! Aku tak rela duit aku deme buat macam itu ! Kalau MACAM INI TAHUN INI AKU TAK MAHU BAYAR CUKAI TANAH !

Kalau rope itu kamu jadi MB, alamat BANKRUPT le NEGERI PERAK !

Deme berenang bukan dapat apa2 pun kat RAKYAT PERAK !

Ade kite dapat PINGAT ! Ade dapat NAME !

Siaran dari BBC London: "Adalah dimaklumkan bahawa HARI INI DUA ORANG BEBUDAK INI BERJAYA MENYEMBERANGI SELAT INGGERIS DENGAN DUIT ORANG PERAK ! BRAVO ORANG PERAK "

Ptuih ! Aku TAK RELA !

PS: Ate 14 jam berenang TAK PAYAH SEMBAYANG KE KOME ? DAH BESO DAH !

SS Mufti tak nasihatkan Zamri tu ke ! Membazir ! Banyak PAEDAH LAIN DARI DOK SPONSOR DEME TU ! Adalah RM30K tu lebih AFDAL untuk bebudak dua orang tu ! Udah round ke seluruh PERAK ! Udah tak ade ORANG SUSAH KE !

Ke ade fatwa BARU !

Saturday, March 21, 2009

ROMAH KEME, ROMAH DEME


Rumah Mak Long di Jelutong, Tepen


Istana sape, entah, di mane ? teman pun tak tahu !


Mansion belongs to a prominent personality's daughter. In Canada.

Wednesday, March 11, 2009

MAK OI BANYAK NYE DUIT.....


SHAH ALAM, 11 Mac (Hrkh) - Panel siasatan yang dibentuk kerajaan Negeri yang dianggotai pasukan forensik akauntan mengenalpasti terdapat unsur salahguna melalui pemberian jam tangan mewah Patek Phillipe berharga RM159,250 kepada Pengerusi Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).




Terkejut beruk teman nengokkan nombo2 yang tertera di atas. Tak kan beli jam sampai banyak itu. Tak ke baik kalau dibagi pada ramai lagi orang-orang susah di Malaysia ni. Tak bace ke kes-kes X file teman sebelum ni ?......... GILE DEME NI....

Saturday, February 28, 2009

X Files

Subjek 1 - Umur 16 tahun. Dulu kelas biasa sekarang kat Kelas Pemulihan untuk pelajar istimewa, takde sebab lain, dia ni masih tak boleh membaca, mengeja jauh sekali...
Latarbelakang famili - adik beradik 8 orang. Mak diceraikan 8 tahun lalu, sekarang mak masuk ITM, bukan lecturer, tapi Penyapu Officer. Gaji RM500, tolak duit van datang angkut pegi-balik tingga RM380. Adik beradik lain SEMUA tak leh membaca. Oh ya, dia ni pompuan, anak ke-dua. Yang sulung patutnya tingkatan 5, tapi dah renti sekolah.

Maklumat tambahan - penah mak dia mintak rumah PPRT dari Tok Sidang kat kampung dia - reject beb! Kate TS tu, sebab PPRT untuk orang yang ada laki, bukan janda. Ye Ke? Keluarga ni penah menyewa rumah RM40 (baca betul bukan ratus..puluh), tapi kena dushhh...tak mampu bayo, abih tu pindah rumah dhaif kat tepi bendang -RM20, tak mampu jugak... sekarang balik duduk kat umah opah. Kat umah opah ada sembilan yang lain, termasuk mak-mak sedara dan opah yang ditakdirkan jadi janda jugak.


Subjek 2 - Baru pindah dari Selangor, bapak dia kat KL. Tingkatan satu - lelaki. Baik dan ramah. Bapak dah lama tak jenguk, mak buat kuih - bukan jual kat Giant atau Carrefour- kat tepi jalan je. Kekadang tanya cikgu2 nak order nasi, kuih atau makan ringan tak? Ramai cikgu order sebab siankan dia je....

Maklumat tambahan - adik beradik tujuh orang dia nak SULUNG. Mak bapak muda lagi. Pelajaran tak berapa le...kecik lagi dah jadi Perunding Ekonomi keluarga. Sapa nengok muka dia yang senyum sokmo dan comel tu mesti tak sangka budak tu tengah berperang hebat jiwanya...


Subjek 3 - Lelaki, tingkatan satu jugak. Adik-adik ada enam- jadi dia ni yang sulung le.

Maklumat tambahan 1 - Surat sijil lahir dia ada nama bapak, tapi Abdullah, nama adik2 yang lain berbin dan berbintikan orang lain. Bila tanya, dia kata, mak cakap kut orang tanya, dia sorang bin Abdullah yang lain bin $#@*&. Tapi katanya Abdullah tu adalah orang yang sama dengan $#@*&.

Maklumat tambahan 2 - bergerak berdasarkan Maklumat tambahan 1, didapati beberapa belas orang pelajar lagi, dari kelas dan tingkatan yang lain, latarbelakang deme SAMA!! Ya Allah, ampunkan keterlanjuran hambaMu...


Subjek 4 - Pompuan, umur 17 tahun. Nak SPM ujung tahun ni. Peramah tapi pelajaran memang k.o. Pemegang rekod kesalahan disiplin yang hanya boleh ditandingi oleh pelajar lelaki.

Maklumat tambahan 1- mak sakit buah pinggang. Abang renti sekolah nak jaga mak sebab dia memang tak leh berjalan atau buat kerja rumah. Ayah ada dua bini, selalu di rumah bini muda. Empat beradik - yang bongsu. Mak tiri ada 6 orang anak. Kerja budak ni Pegawai Ternak. Bayangkan zaman sekarang mana ada budak pompuan jaga lembu lepas balik sekolah tapi inilah yang terpaksa dia lalui. Kut tak ikut arahan, dapat sepak terajang sebab bapak dia memang garang. Dia penah teruk kena belasah sebab petang tu dia pegi ko-kurikulum kat sekolah, lembu takde sape babysit. Ni bukan cerpen...tapi ni realiti. Sebab tu dia selalu lepas geram kat bebudak lain.

Maklumat tambahan 2 -Raya posa tahun lepas ada cikgu bagi baju raya kat dia, punya lah happynye dia sampai hiba sayu cikgu tu tengok dia. Maklumlah budak ni cengih, bengis, tapi dapat baju raya dia terus nangis...katanya selalu pakai seluar ngan T-shirt abang dia je, dia sorang je pompuan. Bapa asyik beli untuk anak mak baru je......
..........
SEKADAR BERKONGSI MAKLUMAT YANG KORANG TAK NAMPAK

Astagfirullahalazim, BETUL KE ? PATUTLAH !

"Jawapan bertulis yang diberi kepada Loke terdapat 10 kali 'special draw' (cabutan khas) yang dibuat selepas Najib menerajui Kementerian Kewangan."Dengan cabutan itu kerajaan mendapat hasil cukai itu sebanyak RM77,026,171.04. dan dalam jawapan kementerian itu bahawa cabutan bertujuan untuk dana pendidikan, kesihatan dan sebagainya, " - daripada sidang Parlimen.

Adakah angkara di atas telah menyebabkan murid-murid kita tak pandai-pandai, ubat-ubat di hospital dah tak mampu merawat atau apakah..........duit ala judi tu berkat lagi ke?

Di manakah mufti-mufti Islam Hadhari?,SPRM? Mahaguru silat? Siapakah orang yang patut bertanggungjawab? Apakah jawapan Senator Datuk Dr. Mashitah ? Adakah matlamat menghalalkan cara ? Sanggupkah melihat anak-anak kita ..............ishh, omputih kata "GODDAM IT"....

Tuesday, February 24, 2009

KALAU LAH !


From Malaysian Insider: KUALA LUMPUR, Feb 22 – An Umno lawyer is understood to have been instructed by the Barisan Nasional (BN) party to seek advice from a Queen’s Counsel in London in an effort to break the constitutional impasse in Perak. The lawyer is said to have left for London yesterday to meet with an unnamed QC even as the question over the legitimacy of the current MB Datuk Zambry Abdul Kadir is already before the courts here.

Siapa yang bayo pergi London tu ? Berapa hari ? Tiket, Hotel, Makan, Shopping dan Pocket Money - banyak tak ? 10,000, 20,000, 30,000 atau lebih lagi. Kalaulah duit tu disumbangkan pada pelajar-pelajar yang tidak bernasib baik untuk memasuki sekolah Teknik, tentu ramai yang senyum. Tentu ramai yang akan mengenang jasa "mereka". Tentu ramai yang akan masuk asrama yang makanannya sedap. Tentu ramai akan melopong tengok cikgu-cikgu yang cun melecun. Tentu air mata Manja tak akan mengalir.........

Kalaulah.....

Monday, February 23, 2009

SORANG LAGI !


Hari ini anak jantan sulong teman masuk sekolah asrama. Punye le seronoknye die. Malam tadi tak boleh tido katenye. Sampa ngiga-ngiga, "Teknik-Teknik, MB, MB Nizar, Nizar" Ape ha anak sorang aku ni. Apa sangkut paut MB Nizar dengan Teknik. Masa mendaftar tadi barule teman tahu, MB Nizar pernah ngaji sini. Itule yang dapat Ir tu. Agaknye anak teman nak ngikut jejak langkah MB Nizar kut. Kalau ye, Alhamdulillah, beriman, panda, senang dengan orang rama, mesra alam le katakan...

Pagi tadi tobang RM900. Itu tak kira baju nye, kasut, stokin, Bofa set, T square, spenda, pen, biskut, dan bermacam-macam lagi. Duit "skupih"-istilah emak teman (school fees), tu teman korek dari Tabung Aji. Nasib baik ada Pak Aji sorang tu. Kelmarin ade le makcik datang ke romoh, Pak Aji nye dah kerin, jumpe le Mak Aji teman, nak minjam duit, nak nganto anak ke sekolah teknik, katenye. Ate, Bofa set tu bukan moroh, bukan dapat sekupang due. Nak melukih "technical drawing" ni bukan boleh pakai pembaris je. Nanti tak strit line tu.....

Pasal ape le mahal sangat nak nganto anak ke asrama ? Pasal ape tak free je ? Kesian si Zahir, nak pegi duit tak ade (tak mandang), nak kobek mane, biasiswa dah abih buat bayo awal tahun dulu, nak tolong adik-adik lagi. Si Manja menung je, mak kate, lupakan le niat kamu tu. Mak bukan ade duit dah. Rantai emas mak dah mak gadakan. Abang kamu nak masuk UiTM. Kamu duduk le kat Lambo ni, abih sekolah esok, tengokle ape yang ade- polih ke, atenden hospital ke, koje kilang pun tak ape. Sian Manje. Hasratnye nak jadi jurutera hanye tingga angan-angan je.... mate Manje berayo, Sedih................

Cikgu Mamat cakap sekolah die hanye 35% saje pelajar yang datang mendaftar... dari 400 surat tawaran yang dihanto, hanya 103 aje yang mendaftar hari ini. Ate mane idaknye, nengok surat tawaran tu, siap dengan jumlah bayaran yang kene bayo, asramanye, koperasinye, itu le, ini nye. Macam-macam ada! Nak berpino (berpinar) mate nengok jumlah yang nak kene bayo. "Cikgu Bofa set tu natang ape ? " Kalau tak payah beli, tak ape? " " Kalau tak payah pakai baju batik, tak ape ke?" Ate nak suruh anak tu paka T-Shirt pagoda je ?

Kenape agaknye orang tak mampu nak nganto anak ke asrama. Tak seronok ke sekolah Teknik ni ? Tempat nye lawa, makan kere moroh le RM1.00 sari, sedap pulak tu, asrama selese, nengok tilamnye sedap dari tilam kekkabu teman, cikgu nye mok, lawa-lawa..... Agaknye inilah kesah 80,000 orang kene buang koje tu. Nak nganto anak ke sokolah teknik ke, nak meli berah. Nak beli Bofa set ke, nak bayo bil api (yang udah ade surat merah sekali tu). Nak beli kasut asrama ke , nak beli susu Dutchbaby untuk adik ? Udah tak tahu yang mane.....

Agak-agak nye le, menteri-menteri di Puterajaya tu tahu ke ? Agak-agak orang yang bertekak di Dewan Parlimen "yang mulie" tu reti ke? Tahu ke deme Tok si Zahid bangkit pukul 4 pagi, tenggek ayo, ngoren cucur badak, buat karipap, diang daun pisang buat nasi lemak dan jua pepagi sampa pukul sebelah, dapat untung RM8.00 aje ! (Ini cerite betul, Wallahi), Tahu ke raje-raje, tengku-tengku, dato-dato, tan seri-tan seri yang, rama orang susah di negara ini ?

Teman tahu sebab teman dikelilingi oleh marhaen-marhaen yang koje siang malam cari sekupang due

..........bukan CEO, bukan sales executives, bukan senior executive, bukan doctor, bukan lawyer, bukan lecturer, bukan bank officer, bukan Regional Manager, bukan Remiser, bukan Credit Officer.......

Tapi........ nebah, nyangkul, noreh, bebendang, ngago ikan, nyale, ngambik upoh, nyage anok orang, jua nasik lemak...........

Anak teman, tige minggu lagi balik......

Saturday, February 21, 2009

BAKAL ATLET-ATLET MELAYU YANG BERIMAN


Para pelajar SERINE Titi Gantung bergambar dengan pingat masing-masing setelah berjuang dengan semangat kusukanan semasa temasya sukan tahunan di Mini Stadium Bakri Rais, Bota Kanan pada 21 hb Februari, 2009. Majlis diraikan dengan kehadiran YB Idham Lim yang merasmikan temasya sukan tersebut.