Saturday, January 17, 2009

Boikot Israel yang tak dapat sambutan rakyat Malaysia

Ada dapat senarai barang2 yang perlu dihenti berlanggan? Barang2 yang ada hubungkait dengan negara Israel seperti KFC, MAGGI,NOKIA dan banyak lagi... Kita punya iman yang lemah, tak perlulah buang NOKIA N70 tu, membazir pulak rasanya. Yang dah ada tu kita simpan, tapi kalau pergi shopping tu bawaklah senarai tu sekali supaya kita tak tersponsor peluru untuk bunuh sedara kita kat Palestine. Jangan le bawak anak2 ke KFC, tegur le kawan2 yang tak boleh berenggang dengan produk2 US ataupun Yahudi. Kalau kenal perokok tegar, bertegang uratlah dengan mereka supaya mereka sedar sebab2 utama mereka perlu berhenti beli rokok.
Kenapa kita perlu sokong Palestin? Kenapa kita kena berdoa untuk mereka? Kenapa kita perlu aktif memboikot dan berkempen untuk memboikot barang2 rejim Zionis Yahudi tu?

1) Di Palestin, ada Masjid Al-Aqsa - kiblat pertama umat Islam. Tak sayangkah kita pada Al-Aqsa?
2) Penduduk Palestin mempertahankan Al-Aqsa dengan nyawa dan darah mereka. Tak malukah kita kalau nak berdoa untuk mereka pun payah?
3) Negara Palestine berdaulat, sedankan Israel cuma menumpang. Tak bolehkah kita bezakan siapa benar siapa salah dalam hal ini?
4) Israel dibantu oleh Amerika dengan senjata2 canggih, orang Palestine cuma gunakan batu...kita masih nak tolong hantar duit pada Amerika untuk beli senjata?

Susah sangatkah nak kita yakinkan diri kita bahawa kita WAJIB menyokong Palestine? Kemanakah akal kita untuk berfikir dengan waras?
Dalam solat kita mengaku naik saksi tiada Tuhan selain Allah, diluar solat kita tak pertahankan kiblat pertama kita, kiblat yang Allah sendiri tetapkan. Kita sedut udara Allah bagi secara percuma, kita tak minta udara percuma setiap kali lepas solat tapi Allah tetap bagi, kita tak minta mulut kita boleh mengunyah setiap hari tapi Allah tetap mudahkan kita mengunyah...baiknya Allah, sombongnya kita....

Wednesday, January 14, 2009

AMIR DAH ADA PENGGANTI JADI IMAM

Minggu lepas tengok Amir. Sengih je tengok kami berdua datang. Nampak kurus dan berseri-seri muka anak teman seorang tu. Berkat baca Quran hari-hari. Masa sampai tu dia berada di surau ! Petang-petang ? Kalau kat rumah mesti on-line, atau pun main game. Petang Sabtu tu dia berada di surau, baca Quran sendiri-sendiri, MasyaAllah. Kalau kat rumah lepas Subuh satu muka, lepas Margrib satu muka, dah. Di sini boleh seronok dia BACA QURAN ! Teman panggil dia duduk di pondok rehat. Dia bawak kawan dia, seorang dari Selangor, seorang dari Ipoh. Berseri-seri je budak-budak tu. Amir cakap di sini makan dalam talam. MasyaAllah seronoknya. Masa teman makan dalam talam dulu, tak lalu nak makan. Dulu cuba makan dalam talam di rumah, tak dapat kekal. Tak cukup istiqamah. Amir seronok kat sini. Makan sedap, kawan ramai, main bola dalam lecah. BEST OI daddy katanya. So, teman tak payah risau dah. Dia seronok disini. Kami je yang susah hati. Alhamdulillah, tak silap teman hantar die ke Tahfiz ni. Betulah seruan mereka, SATU KELUARGA SEORANG HAFIZ !!!

Di sekolah lama, ustaz kata tak ada siapa yanng boleh ganti Amir jadi imam. Dia ketua murid, dia jadi bilal, dia jadi imam. Bila dah keluar, susah nak cari ganti. Hari ini teman dapat tahu adiknya jadi IMAM, ganti abangnya....... ada harapan masuk Tahfiz lagi.

Rumah di Ipoh... dah dapat dah. Today signed S and P agreement. Tepi hutan, tepi bukit, jauh dari kesibukan Bandaraya Ipoh. Dekat HALAL HUB ! Mummy nampak happy. Tak payah cari-cari lagi dah. Banyak plans katanya. Nak buat itu, nak buat ini...

Wednesday, January 7, 2009

Why Sending Kids to Religious Schools?

We are a father and a mother of seven growing up children. Since they were born, we have been thinking about their future. Somehow fears creep into our protective minds; how do we ensure a good life to each and everyone of them ...? As we grow older, gaining more parenting knowledge as well as the Islamic life guidance, we began to consider sending them to religious elementary school. There is one nearby and the fee is only RM50 permonth, INCLUDING free meal during the ten o'clock break. There are about 100 other kids and eleven teachers with various qualifications and backgrounds.
The physical...there are two single story buildings, one class for each grade, and a double story wooden musolla/library. A mosque is only a stone throw's away and it is built on a wakaf land. The parents who send their children there range from lecturers, teachers, nurses, clerks, janitors and odd jobbers.
Being small in numbers and land areas, many parents, even ustazs shy away from the school. The REASONS are the same as what you are thinking ...1) can they perform academically? 2) are the teachers there as good as the government school teachers? 3) do they teach English, Math, Science and computers there? 4) can the children get a job? 5) are the children guarateed to behave well all their lives? 6) will we the parents lose our chance to be promoted if 'they' know we send our children there?
I have no answers yet to all the 'unintelligent' probes and queries. As a Moslem, I must think of trying to give the best for my children, here and the hereafter. God will ask about our parental duties, what we have done to ensure the children under our care to do well and saved from the hell fire. Justice is God's many traits, I know He would consider the good deeds I have done even though my children might not be as good Moslems as they should have been. At least I have tried to bring them close to Him, religiously and academically.
HAPPY NEW YEAR ...God is watching our every movement.

Monday, January 5, 2009

SEKOLAH TAHFIZ BANTUAN KERAJAAN

Sekarang Perak telah dikuasai Pakatan Rakyat, maka sedikit sebanyak ada kuasa MB yang baru untuk berbuat sesuatu untuk membantu sekolah-sekolah tahfiz di negeri ini. Sebelum ini sekolah tahfiz adalah sekolah persendirian, yang daif yang serba-serbinya KURANG. Harap bantuan hartawan-hartawan yang berjiwa ISLAM yang selalu membantu sekolah-sekolah ini. MASIH TAK CUKUP !!!!. Kerajaan PERAK mesti BANTU sekolah-sekolah TAHFIZ di negeri ini. Biar masuk tak payah BAYO RM900 masa pendaftaran, biar bulan-bulan FREE, mak bapak bagi duit poket aje. Teman sarankan tak payah buka sekolah tahfiz yang baru, IMPROVE je mana yang ade. Teman pernah pergi pertandingan tahfiz peringkat kebangsaan di Ipoh beberapa tahun yang lalu. Kebanyakan yang menang adalah dari PERAK. Tahfiz MTQ Parit tu kalau dilihat dari jauh, masyaallah, kesian teman nengok bebudak, TETAPI banyak yang menang peringkat kebangsaan. Negeri PERAK dianugerahi Allah dengan anak-anak yang CELIK al Quran, yang pasti akan memberi "kerahmatan" ke atas negeri ini. Bila ramai orang membaca dan menghafal alquran disesuatu negeri, maka insyaallah BARAKAH dari Allah akan dilimpahi ke atas negeri tersebut. MB mesti lebih arif dari teman yang daif ini. Wasalamm.....

BARU SEHARI DAH NAK LAWAT !

Hari ni hati tak sedap ! Amir demam ke tidak. Teman SMS isteri kata nak pergi Ipoh, nak tengok rumah for sale di Taman Eden. Mak Oi, 180K untuk Banglo tue, tahun 1959 punya lot tanah. Size beso, vacant land beso, cantik ni. Cadangnye nak pencen duduk pekan Ipoh. Buat apa duduk kampung, surau MATI, masjid LENGANG, barang MAHAL ! Tak percaya ? Ikan keli di kedai kampung RM5.00 sekilo, di pekan RM3.50. Ikan genahak di Ipoh RM19, di taman teman, RM23. Tak betoi ke? Orang yang duduk kampung sekarang ni kena kaya, kalau tak terukle. Di kampung teman masjid lengang. Setakat Maghrib tu, 4,5 orang je. Asar, berdua atau bertiga. Kekadang lansung takde azan pun, orang memang tak ade le. Tadi teman sembahyang Asar di kampung Manjoi. Mak oi, ada 2 saf. Kat kampung dan luar bandar, selang 3, 4 tiang letrik ada surau, ada mesjid (Macam di Doha, Qatar. Orang sana yang kaya buat mesjid persendirian, tepi rumah masing-masing) Logiknye mesti orang-orang kampung "as-solihin" dan "mukminin". Ceh, ayam kambing lagi banyak lepak di mesjid. Jadi congak-congak, teman nak duduk pekan bila pencen. Ngaji, pondok ada (Barakah), markaz banyak, barang murah dan berbaga-baga lagi sebab. Jadi bila pergi rumah tu, dah tak syok pulak. Jiran mostly non-muslim. Tak jadi kot.

Pergi Manjoi tengok rumah kosong banyak. Ada satu lot nak jual RM63K. Satu lagi RM102K. Mana nak cari duit ? Kesian orang Malaysia. Barang mahal, tanah mahal, gaji murah (guard dapat RM900, kerja 12 jam sehari selama 6 hari), jadi macam mane? Sebab itu teman tak heran kadar jenayah semakin tinggi. Hari-hari kes jenayah yang terpapar di newspaper mengerikan. Kerajaan sekarang perlu berbuat sesuatu.

Dari Ipoh teman terus naik highway ke selatan. TOLL lagi. Exit di Gopeng dan terus tengok Amir di MTQ. Ustaznya senyum je tengok dua orang mak bapak semalam datang hari ini. Anak bongsu kut, pikirnya! Teman explain kat ustaz dan dia benarkan kami masuk ke asrama. Bila nampak Amir senyum, teman senang hati. Letih puasa pun tak rasa dah. Dia okay. Dia seronok di sana. Makan cukup, kawan ramai, belajo seronok. Demam dah hilang.

Lepas rindu bila dapat tengok Amir. Bukan senang nak dapat Amir. Bukan senang nak melahirkan Amir. Bukan senang nak pegang Amir masa dia bersunat. Bukan senang nak ngajo Amir ngaji. Bukan senang nak suruh Amir baca buku. Bukan senang nak suruh Amir duduk diam dan jangan usik adik. Bila dah beso, bukan senang nak lepaskan dia........

Pasal rumah banglow tu, esok cari lagi.........

FROM BOTA TO MASJIDIL HARAM BHG 6

Saya amat sedih bila melihat warga-warga emas yang berebut-rebut dan bertolak-tolak dimana sahaja. Kalau diikutkan saya yang muda dan bertenaga ini boleh menolak dan merempuh mereka tetapi tidak pernah terlintas untuk menjadi kurang ajar seperti itu. Semasa hendak berangkat ke Arafah kena mengikut bas yang telah ditetapkan. Jangan lupa memakai tandanama yang telah ditampalkan stiker khemah di Arafah dan Mina. Ini amat penting jika berlaku sesuatu yang tidak disangka seperti sesat dan kemalangan.

Perjalanan Arafah ke Muzalifah amat teratur kerana para jemaah akan diletakan didalam kandang untuk menaiki bas-bas yang telah disediakan. Tidak perlu berebut-rebut kerana jemaah akan diberikan nombor bas dan giliran. Di Muzzalifah para jemaah akan diletakan di suatu kawasan lapang yang besar yang menempatkan berpuluh-puluh ribu jemaah dari Malaysia. Mereka akan diletakan mengikut KT masing-masing menunggu tengah malam untuk bermabit. Di sini mereka akan digalakan untuk mengutip batu-batu kecil. Tidak perlu khuatir jika tidak dapat mengutip batu-batu kerana di Mina masih ada masa untuk mengutip batu-batu. Pada tahun lalu sempat juga saya bertemu Tuan Haji XXXXXX dari kumpulan Senario. Kelihatan dia sedang menolak sebuah kerusi roda seorang jemaah dari Malaysia. Memanag amat dibanggakan kerana beliau amat “ringan tangan” untuk membantu para jemaah yang memerlukan pertolongan. Apabila bas tiba untuk mengangkut jemaah, barulah the true colors of Malaysians kelihatan. Arahan tinggal arahan. Bila kata KT 2 naik bas, yang KT lain-lain pun berebut naik sekali. Semasa saya dan isteri beratur untuk naik bas, seorang makcik merempuh kami dan manarik bagnya yang tinggal dibelakang. Saya terpaksa melepaskan isteri untuk memberi laluan bag makcik itu. Isteri sempat mengambil beg saya dan naik ke bas. Saya terpaksa berpisah sementara sehingga terpaksa menunggu bas yang ke 3. Samapi di Mina, tempat dah PENUH.

Khemah di Mina adalah muat-muat untuk jemaah yang telah ditetapkan. Jika jemaah mengikut peraturan yang diberikan, semua orang akan mendapat tempat untuk melepaskan penat lelah. Tikar yang diberikan oleh pehak Tabung Haji bukanlah saiz kawasan para jemaah. Saiz sebenarnya ialah selebar beg yang diberikan oleh pehak Tabung Haji. Jika ada beberapa orang membentangkan tikar yang disediakan dan mengistiharkan “ini kawasanku” maka akan adalah jemaah yang tidak dapat tempat untuk melabuhkan diri untuk berehat. Saya dan kawan-kawan sebilik yang menaiki bas terakhir sampai lewat ke khemah dan apabila sampai ke khemah, tempat kami yang telah ditetapkan, yang tertera di atas stiker tandanama telahpun diduduki oleh, “warga emas” yang tidak mengindahkan orang lain, yang membantangkan tikar seluas-luasnya dan tidak mematuhi rahan yang diberikan petugas Tabung Haji. Isteri saya akhirnya dapat tidur di hujung khemah di tepi kasut-kasut jemaah yang sampai awal. Kami akhirnya berjaya pergi ke hujung “dunia” untuk berteduh dari bahang panas dan angin sejuk yang melampau. Jangan bawa beg lebih. Jangan bawak banyak barang. Cukup sekadar yang perlu sahaja.

Sunday, January 4, 2009

ANAK-ANAK MASUK ASRAMA


Hari ini teman nganto anak ke asrama Tahfiz di Malim Nawar. Anak teman tu demam. Teman telefon ustaz untuk "delay" pendaftaran tapi anak teman seronok bebeno nak masuk sekolah tahfiz tu. Demam ke idak dia tetap nak masuk hari ini. Masa nak masuk dulu teman ingat senang je masuk sekolah tahfiz ni. Kata ustaz tarikh untuk "interview" dah lepah. Teman mintak tolong juga agar buat periksa khas untuk dia. Pagi tu tanye, petang dia "ujian". Susah juge nak masuk sini ye. Ada ujian hafazan, tajwid, bahasa arab dan lain-lain lagi. Sebab anak teman dar sekolah rendah islam, mudahlah sikit dia menjawab.

Hari ni ramai mak bapak datang nganto anak-anak. . Dari KL, Penang, Selangor dan ramai dari Perak. Kete beso, beso.Setakat Perdana tu kete biasa je. Sampai-sampai dahle lambat, orang dah ramai. Ustaz kata pergi anto barang dulu di asrama. Asrama tu okayle. Beso, selesa, ada kipas, lampu dan luas. Katil tingkat bawah semua dah penuh. Yang atas aje. Dah dapat tempat, keme pun mula le mengemah barang, susun dan sembang-sembang dengan orang ramai. Kebanyakanye dah biasa dengan tahfiz. Anak di Kedah, Kelantan, Mesir, Indonesia dan macam-macam lagi belajo tahfiz. Teman baru mula.

Anak memang minat nak masuk tahfiz. Dia nak pergi Kelantan je. Teman kata jauh, susah mak ayah nak nengok. Hari itu dapat Selangor, bulananye mak datuk, RM470, tak termasuk duit poket. Ada satu tu RM900 sebulan ! ( Kalau ikutkan bayo kereta RM1700 sebulan boleh, apo salah nak bagi anak jadi hafiz bayo lebih. nanti syafaat pun InsyaAllah dapat kat kite ) )Bukan masalah duit sangat tapi teman ada 7 orang anak. Belum pun ade yang koje lagi. Di sini okayle RM170 sebulan. Dekat sikit, boleh nengok selalu.

Masa bayo, baru le teman tahu mahalnye masuk asrama, RM925 tobang. Itu pun tak campor yang prepare kat rumah ! Tak ape, duit boleh cari, ilmu tak ade nilai nye weh ! Makcik sebelah tu kesian teman nengok. Tolak ini, kemudian itu, hutang ini, tak pe le itu. Ade RM450 je, anak dua orang ! Kalau teman ada duit banyak, mau je teman bayo. Dia nampak tabah dan kuat. Nampak susah tapi semangat dia ngalahkan orang lelaki. Semoga Allah membantu makcik tu!

Rata-rata orang ada duit nak bayo. Kesian teman ada orang yang teringin nak masuk tahfiz tapi tak berduit. mana nak cari RM900, sorang! Kalaule ada hartawan-hartawan dan dermawan yang sudi membantu insan-insan yang minat untuk jadi hafiz dan hafizah, alangkah seronoknye. Rasa teman orang Malaysia ni kalau bab-bab ngaji Quran ni tak berapa minat nak bantu.

Bila nak balik keme mula sedih! Maknye dah berayo mate, teman tahan je. Peluk cium, peluk cium puah-puah keme pun balik. Dalam kete sorang pun tak cakap. Kete maknya pun nampak slow je. Sampai rumah dia diam je. Mana tak, minggu depan yang sulung nak masuk SELAWA pulak sementara nunggu SPM? Sorang lagi !.... Yang nombor dua nak masuk SEKOLAH TEKNIK, lagi sorang! Dah biasa ramai, riuh rendah, bergaduh adik beradik, ngusik sana, ngusik sini... dah tentu sunyi nanti.

Itule harta dunia yang teman ada, anak-anak pengubat luka. Bukan kete, bukan tanah dimane-mane. Betul jagenye , masukle syurge. Semoga Amir Danish anaku jadi hafiz yang berakhlak mulie.

Thursday, January 1, 2009

PALESTINE OH PALESTINE !

Tarikh sekarang ialah 15 Syaaban 1430. Tiga buah pesawat Jihad 1, 2 dan 3 sedang bersiap sedia untuk bertolak dari launching pads, beberapa meter dari Sungai Perak, Teluk Kepayang, Bota. Pesawat canggih yang menggunakan air yang diubah menjadi hidrogen untuk menggerakan pesawat yang dapat mencapai kelajuan March 8, iaitu 8 kali lebih laju dari kelajuan bunyi. Setiap pesawat boleh memuatkan 3 orang jihadah iaitu pilot, system controller dan fighter. Selepas mengerjakan solat sunat hajat dan mussafir, mereka memasuki pesawat masing-masing dan wosh.... hilang dalam sekelip mata. Pesawat pertama menuju ke benua Amerika. Pesawat ini tidak dapat dikesan oleh radar-radar sistem pertahanan Amerika kerana ianya terlalu laju. Ia menuju ke beberapa bandar-bandar utama di sana dan menanam beberapa kapsul-kapsul yang ditanam menggunakan teknologi "super penetration pulsation". Komplek bawah tanah di Death Valley berjaya mengesan beberapa "signal" yang ganjil di atas skrin mereka tetapi pakar-pakar nanofizik dan aeronotical tidak dapat memberi jawapan ke atas tanda-tanda tersebut. Pesawat terus menanam kapsul-kapsul di beberapa kawasan lautan di sekeliling negara tersebut.

Pesawat kedua melakukan tinjauan aerial di Semenanjung Gaza. Pehak tentera Israel menjadi gawat bila beberapa imbasan jalur kelihatan meragukan di atas skrin komputer. Peninjau-peninjau dan askar-askar "on duty" di atas watch tower di dinding "penjara" Palestine melapurkan melihat "sky lining" yang terlalu laju di angkasa. Pesawat terpaksa bergerak perlahan sedikit untuk memastikan "aerial surverlance" tepat dan tidak salah kerana terdapat banyak kem-kem tahanan yanng menempatkan warga Palestine yang ditangkap, semestinya di kawasan kuasaan Israel.

Pesawat ketiga melakukan perkara yang serupa seperti pesawat pertama di Eropah. Setelah beberapa jam, ketiga-tiga pesawat menuju ke Makkah sambil berniat ihram dan umrah. Mereka meninggalkan pesawat mereka di puncak Jabal Nur. Apabila ditinggalkan, "mode" halimunan disetkan dan pesawat tidak dapat dilihat oleh mata kasar.

Kesembilan mujahid ini turun dan berjalan kaki ke Makkah sambil bertalbiah memuji Allah didalam pakaian ihram mereka. Mereka terus memasuki Masjidilharam dan mengerjakan solat sunat dan terus melakukan tawaf. Selepas itu mereka bersaie dan bertahlul dan selesailah kerja umrah mereka. Mereka menuju ke sebuah kedai makan dan memesan nasi Mandi dengan kambing setiap seorang. Mereka kemudian beriktikab di dalam masjid dan mengerjakan solat dengan kusyuknya. Ada yang berjaya memasuki kawasan Hijir Ismail dan memohon doa kehadrat Allah untuk mendapatkan redhaNya. Ribuan manusia di masjid yang terbesar di dunia ini menyaksikan para Shuhada yang akan berjuang untuk memerangi para musuh Allah yang terlaknat itu. Selepas beberapa hari mereka kembali ke Teluk Kepayang dan disambut oleh beberapa orang kaum keluarga.

1 hb Ramadhan 1340, selepas sahur dan solat Subuh, sembilan orang mujahidin menuju ke pesawat masing-masing. Dalam sekelip mata ketiga-tiga pesawat sudah berada di Eropah, Amerika Utara dan Tebing Barat Sungai Jordan. ...........