Monday, January 5, 2009
BARU SEHARI DAH NAK LAWAT !
Hari ni hati tak sedap ! Amir demam ke tidak. Teman SMS isteri kata nak pergi Ipoh, nak tengok rumah for sale di Taman Eden. Mak Oi, 180K untuk Banglo tue, tahun 1959 punya lot tanah. Size beso, vacant land beso, cantik ni. Cadangnye nak pencen duduk pekan Ipoh. Buat apa duduk kampung, surau MATI, masjid LENGANG, barang MAHAL ! Tak percaya ? Ikan keli di kedai kampung RM5.00 sekilo, di pekan RM3.50. Ikan genahak di Ipoh RM19, di taman teman, RM23. Tak betoi ke? Orang yang duduk kampung sekarang ni kena kaya, kalau tak terukle. Di kampung teman masjid lengang. Setakat Maghrib tu, 4,5 orang je. Asar, berdua atau bertiga. Kekadang lansung takde azan pun, orang memang tak ade le. Tadi teman sembahyang Asar di kampung Manjoi. Mak oi, ada 2 saf. Kat kampung dan luar bandar, selang 3, 4 tiang letrik ada surau, ada mesjid (Macam di Doha, Qatar. Orang sana yang kaya buat mesjid persendirian, tepi rumah masing-masing) Logiknye mesti orang-orang kampung "as-solihin" dan "mukminin". Ceh, ayam kambing lagi banyak lepak di mesjid. Jadi congak-congak, teman nak duduk pekan bila pencen. Ngaji, pondok ada (Barakah), markaz banyak, barang murah dan berbaga-baga lagi sebab. Jadi bila pergi rumah tu, dah tak syok pulak. Jiran mostly non-muslim. Tak jadi kot.
Pergi Manjoi tengok rumah kosong banyak. Ada satu lot nak jual RM63K. Satu lagi RM102K. Mana nak cari duit ? Kesian orang Malaysia. Barang mahal, tanah mahal, gaji murah (guard dapat RM900, kerja 12 jam sehari selama 6 hari), jadi macam mane? Sebab itu teman tak heran kadar jenayah semakin tinggi. Hari-hari kes jenayah yang terpapar di newspaper mengerikan. Kerajaan sekarang perlu berbuat sesuatu.
Dari Ipoh teman terus naik highway ke selatan. TOLL lagi. Exit di Gopeng dan terus tengok Amir di MTQ. Ustaznya senyum je tengok dua orang mak bapak semalam datang hari ini. Anak bongsu kut, pikirnya! Teman explain kat ustaz dan dia benarkan kami masuk ke asrama. Bila nampak Amir senyum, teman senang hati. Letih puasa pun tak rasa dah. Dia okay. Dia seronok di sana. Makan cukup, kawan ramai, belajo seronok. Demam dah hilang.
Lepas rindu bila dapat tengok Amir. Bukan senang nak dapat Amir. Bukan senang nak melahirkan Amir. Bukan senang nak pegang Amir masa dia bersunat. Bukan senang nak ngajo Amir ngaji. Bukan senang nak suruh Amir baca buku. Bukan senang nak suruh Amir duduk diam dan jangan usik adik. Bila dah beso, bukan senang nak lepaskan dia........
Pasal rumah banglow tu, esok cari lagi.........

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
salam Tn. Hj,
hasrat mike nak mencari kediaman di Ipoh selepas pencen tu,memang teman alukan. Teman ada tahu kalau nak lot beso,mike pergi ushar kawasan belakang Makro dulunya, opposite Taman Anda, tepi highway,dkt dgn JPJ Ipoh,pasal teman pernah dok kat situ, tanah 1 ekar luas giler. Tak tahuler skrg berapa harganya,jika tahun 90an dulu 140K ajer.
Macam teman juga,memang hati di Ipoh,tapi pasal bik momma teman ni lain sikit,nak duduk di tempat dia juga,itu yg teman beli rumah di sini. Walaupun regha lot Semi-Dnya sebijik RM280 ribu. Rumah memang mahal di tempat teman ni banding dgn di Ipoh. Kalau habis bayo mau dekat 1/2 juta.letih teman yop! Itu belum lot kedai 3 tingkat yang dah teman beli 12 tahun lalu, 4 ribu nak kena bayor sebulan,regher jgn tanya ler kalau bayo bulan byk itu, nasib baik ler ada 'along' beso sewa sebulan RM4500,lega sikit teman.Buleh ler bayo duit streamyx teman.
Bulan lepas teman ada ushar rumah di Langkawi, eh..murah la pulak! mcm ada feel la rasenyer dok kat sana,kalau bukan utk kita utk anak2 nanti kot. Nak ambik atau tidak masih dok fikir lagi,pasal nak kena kira jugak duit dlm poket utk next 10 tahun ok ke tidak.
10 tahun lagi umur pun cecah 50 kita ye yop! Rasa sekejap ajer udah tua,ntah esok lusa dipanggil Allah pula.
Teman doa mike diberi rahmat dan kemurahan rezeki hendaknya,serta dikurniakan kebahagiaan berkeluarga hingga akhir hayat.
ABO
albanjari
Tak ape tue-tue berisi. Makin tue makin menjadi.
Teman setuju juge dengan mike. Duduk kampong sekarang dah banyak penagih dadah, curi sana sini. Orangnye dah perangai macam orang bandar. Aku aku, mike mike..lebih baik mike pikio fasa nak berjuang tegakkan Islam. Dimana pun boleh duduk. Duduk kampong dakwah orang kampong, duduk pekan dakwah orang pekan. Walau pun satu ayat, takkan tak boleh kut...
Post a Comment