Saturday, December 27, 2008

ANAK-ANAK NAK MASUK ASRAMA

Sekarang ni ramai ibu-bapa yang menghantar anak-anak ke asrama kerana mereka yakin asrama itu adalah tempak yang lebih baik untukanak-anak menuntut ilmu dan membina keyakinan diri untuk meneruskan kehidupan di dunia yang sangat mencabar ini. Benarkah tindakan menghantar anak-anak ke asrama ini benar? Anak anak berumur 11 -12 tahun sudah mula hidup berdikari jauh dari ibu-bapa dan adik-berdik yang lain. Sebagai seorang bapa teman juga tidak lari dari "keseronokan" untuk menghantar anak ke asrama, SARJANA (Sekolah agama ) di Perak. Hanpir setiap minggu kena pergi melawat anak, nasib baik dekat. Kalau Kelantan (Mahaad), Johor (SMPTF), NS (TKC) atau MRSM di T'ganu, mahu demam nak mengulang. Anak-anak perlukan kasih sayang dan belaian dan gurauan adik beradik dan ibubapa. Teman lalu hingga Form 2 saja tetapi "terpaksa" mengeluarkannya dari SARJANA kerana beberapa faktor. Akedemik okay tetapi sosial tak berapa okay. Dia nak berkahwan kawan dari boarding school saja. Dengan adik-adik tidak rapat dan mood pun tak berapa baik. Asyik nak berkurung dalam bilik dan telefon kawan-kawan sekolah sahaja. Bila dia duduk rumah dia menjadi lebih bertanggungjawab. Boleh "tolerate" dengan masalah dan adik-beradik. Boleh balaja memasak dengan maknya atau dengan teman. Tetapi kalau di asrama, mungkin tidak berlaku. Setakat 'ayam masak merah, gulai lemak, sayur campur, sambal tumis, tomyam, dan bermacam-macam lagi dia dah boleh sediakan. Tak belajar di asrama benda-benda ini. Dia lebih menjadi "independent" dan "patient" di rumah. Isteri pernah mengajar di SMKA, sekolah agama, 5A baru boleh masuk, tetapi macam-macam cerita yang tak sepatutnya berlaku di SMKA berlaku. Setakat merokok, tengok video lucah, lari asrama dan macam-macam lagi yang tak masuk akal. Itulah budak-budak sekarang. Ada satu kes dimana seorang budak perempuan tidak balik ke rumah masa "outing", seminggu duduk rumah "mat burger". Mak bapak pun tak percaya. Ada sekali cerita "8 in 1", cukup menakutkan teman berlaku beberapa tahun yang lalu. Tak payahlah nak ulas. Tengok tajuk pun boleh faham.

Kenapa benda-benda ni ibubapa tak tahu? Sorok, nak jaga nama, nak jaga prestasi, nak jaga keunggulan, settle di dalam je, masalah dalaman dan berbagai-bagai lagi. Tanya warden, tanya pak guard, tanya cikgu, mereka tahu cerita-cerita ini.

Saranan teman, selalulah ulang anak-anak. Kalau boleh hantar yang dekat-dekat. Susah-susah hantar sekolah dekat rumah saja. Boleh monitor siang -malam. Entahlah..... teman dulu tak mampu untuk dihantar ke asrama. Sekolah kampung je.....

No comments: