Monday, December 29, 2008
Dari Bota ke Masjidilharam bhg 5
Banyak jemaah yang membawa serunding dan sebagainya untuk bekalan di sana. Langkah ini amat bijak untuk “menaikan selera” kita. Bawaklah mee segera, jeruk buah dan makanan lain yang sesuai untuk kita. Peti sejuk disediakan tetapi bukan untuk menyimpan makanan yang dikumpul dari dewan makan yang kemudianya akan dibuang ke dalam tong sampah. Mewahnya jemaah Malaysia dengan buah epal atau orange yang diambil untuk disimpan dan seterusnya akan dibuang ke dalm tong sampah. Pada saya dari membawa pakaian banyak-banyak baiklah dibawa lesung batu, ikan bilis dan belacan untuk membantu rakan-rakan yang tidak lalu makan di sana. Tabung Haji cuba memberikan makanan yang terbaik untuk jemaah tetapi selalunya mendapat aduan dan komen yang negatif dari jemaah. Tahun lalu ada jemaah dari Malaysia yang menulis dalam surat khabar tentang makanan yang disediakan tidak memenuhi kriteria yang standard baginya. Dia harus pergi ke belakang hotel tempat penginapannya dan melihat manusia yang berbaris untuk mendapatan “lebihan” jemaah Malaysia.
Jemaah dari Malaysia perlu ingat bahawa pekerja-pekerja Tabung Haji akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk keselesaan jemaah. Saya amat menghormati dan menghargai perkhidmatan yang mereka berikan. Kesabaran dan kesungguhan mereka untuk memastikan semuanya berjalan lancar tidak boleh dinilai denagn wang ringgit. Segala pertolongan yang diberikan olehn jemaah yang lain amat dihargai kerana memang “tidak cukup tangan” untuk membantu para jemaah. Saya amat terkilan bila mendengar rungutan dari para jemaah yang mengkritik petugas-petugas Tabung Haji di sana. Ada yang kata mereka “makan gaji buta” dan datang “melancung” ke Tanah Suci. Untuk mengawal seribu macam ragam manusia adalah amat sukar. Maaf dikatakan bahawa golongan yang tegar dan degil adalah jemaah yang telah berumur, jemaah “warga emas” yang tidak mahu mematuhi arahan dan peraturan yang diberikan.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment