Tuesday, December 2, 2008
Dari Bota ke Masjidil Haram Bhg.1
Umat Islam sudah mula berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah Haji dan Umrah yang difardukan kepada semua umat Islam yang mampu untuk mengerjakannya. 26,000 rakyat Malaysia yang terpilih amat bertuah kerana dipilih oleh Allah untuk mengerjakan ibadat yang ke lima ini. Bukan semua orang mampu untuk ke sana. Setengah orang mampu dari segi kewangan tetapi masih mahu menafikan untuk pergi ke sana. Berbagai alasan diberikan seperti belum sampai seruan, anak masih kecil, hutang masih banyak dan sebagainya. Walau apapun alasan, setiap umat Islam wajib beriktikab untuk pergi mengerjakan ibadat haji. Membuka akaun Tabung Haji adalah langkah permulaan. Ketika saya ingin mengerjakan ibadah haji, berbagai halangan terpaksa ditempuhi. Tanah dan kereta saya jualkan untuk mencukupkan perbelanjaan. Ketika diberitahu bahawa nama kami ditarik balik untuk pergi ke Mekah kerana masalah teknikal, perasaan hati sungguh sedih dan pilu. Selepas beberapa hari menghantar rakan-rakan ke Mekah, kami bersyukur kerana Allah telah memilih kami untuk menjalani ibadah haji pada tahun lalu.........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment