Tuesday, December 9, 2008
Dari Bota ke Masjidil Haram 2
Bakal-bakal haji perlu mempunyai bekalan yang cukup untuk berada di tanah suci lebih dari 40 hari. Bukan sekadar wang ringgit tetapi ilmu pengetahuan untuk menegerjakan haji amat penting untuk mereka. Berbagai masalah yang timbul yang dihadapi oleh bakal-bakal haji nanti dan inilah ujian yang mereka harus hadapi dengan tenang. Kesabaran adalah kunci dalam mengerjakan haji dan untuk mendapatkan haji mabrur. Mereka akan berhadapan dengan kerenah-kerenah dan berbagai dugaan yang semestinya memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.
Dari Kelana Jaya, bakal-bakal haji akan dihantar ke KLIA dengan menaiki bas-bas. Terasa seperti VIP kerana kita akan diiringi oleh peronda-peronda yang akan mengawasi dan memastikan bas tidak berhenti sehingga ke KLIA. Perasaan hiba dan gembira kerana dilayan lagak seperti raja atau menteri. Bakal-bakal haji akan terus menaiki pesawat untuk penerbangan selama beberapa jam. Setibanya di Jeddah, kita akan disambut oleh petugas-petugas Tabung Haji. Kita akan menunggu sehingga bas sampai. Perlu diingat, bakal haji hendaklah sentiasa mematuhi arahan yang diberikan. Tanda nama (nametag) hendaklan sentiasa dipakai. Tandanama ini amat perting ketika berda di tanah suci. Selain dari untuk mengeluarkan wang di sana, ianya adalah seperti passport atau kad pengenalan yang perlu dibawa ke mana sahaja. Saya ingat ketika di Mina dimana seorang makcik yang tersesat tidak memakai namtag ini. Di Mina semua khemah dan bilik air berbentuk serupa. Jika tidak tahu nombor, memang mudah tersesat. Makcik ini keluar untuk buang air dan tidak memakai nametag dan beliau sesat untuk beberapa jam kerana dia tidak tahu nombor khemah dan tidak ingat nombornya. Dengan nametag ini nombor khemah, nombor blok dan nama hotel ada dilekatkan.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment