Kita juga amat bertuah kerana makanan disediakan setiap hari. Setiap waktu makan tengahari dan malam, kita akan diberikan makanan yang panas dan cukup untuk setiap orang. Namun manusia yang berasal dari Malaysia ini ada yang tidak mensyukuri nikmat yang diberikan. Di dewan makan selalunya kedengaran rungutan dan keluhan mereka. “Ayam lagi?” “Mak ooi, banyaknya minyak” “Tak selera aku menengok makanan itu” Memang tidak dinafikan bahawa makanan yang disediakan tidak memenuhi selera kita tetapi janganlah mengeluh. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Jika dibandingkan dengan jemaah dari negara lain, jemaah Malaysia dikira amat mewah. Mereka membayar lebih dari RM10,000 untuk pergi menunaikan haji. Hotel yang disediakan jauh. Tahun lepas ada perbalahan dari jemaah negara jiran kerana mereka ditempatkan 7-8 kilometer dari masjid. Setiap hari mereka akan menaiki bas sebelum waktu Subuh dan balik selepas waktu Isya’. Makanan memang tidak disediakan untuk mereka. Mereka akan memasak sebelum pergi dan makan setelah kembali. Selalunya mereka akan berjalan balik kerana kemudahan bas selalunya berakhir dan tambang teksi selalunya mahal. Jemaah Malaysia paling jauh pun 1.5 kilometer dari masjid.
Thursday, December 18, 2008
Dari Bota ke Masjidil Haram Bhg 4

Jika dilihat di dewan makan jemaah Malaysia selalunya menjamah sedikit sahaja makanan yang disediakan dan meninggalkan atau membuang dalam tong sampah. Jemaah harus tahu bahawa jika mereka tidak mahu makan, lebih baik tidak diambil makanan yang disediakan. Saya tahu dan pernah melihat bahawa makanan yang tidak disentuh atau diambil oleh jemaah Malaysia akan disedekahkan kepada jemaah-jemaah dari negara lain yang memerlukan. Di belakang Hotel Cordoba, Mekah berpuluh-puluh orang beratur untuk mendapatkan makanan yang tidak menyelerakan jemaah dari Malaysia ini. Pehak hotel tidak membuang makanan begitu sahaja. Jika kita tidak mahu makan makanan yang disediakan, banyak kedai-kedai yang menyediakan makanan yang lazat-lazat seperti Nasi Ayam, Nasi Mandi, Roti dan sebagainya. Untuk SR6, kita akan dapat separuh ayam dan nasi yang enak cukup untuk dua orang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment