Friday, December 12, 2008

Dari Bota Ke Masjidil Haram Part 3

Di Mekah kita digalakan bersolat di Masjidilharam tetapi kita hendaklah perlu keluar awal kerana orang teramatlah ramai. Jika kita lambat, kita akan bersolat di atas jalanraya sahaja. Eloklah sentiasa membawa sejadah untuk di bawa ke mana-mana. Perlu diingatkan lagi bahawa di tanah suci orang akan menyelit di antara manusia-manusia untuk bersembahyang. Selalulah bersedia untuk memberi ruang untuk saudara-saudara seagama untuk bersama-sama bersolat. InsyaAllah, kita akan diberi ruang yang lebih nanti. Orang yang tidak dikenali akan menyelit-nyelit di antara kita. Orang lain tahu bahawa orang Asia terutama dari Malaysia amat baik dan pemurah. Kerana itulah mereka akan mencari ruang untuk bersolat di sebelah orang Malaysia.

Rakyat Malaysia juga terkenal kerana kemurahan untuk bersedekah. Ramai peminta sedekah yang datang ke tanah suci Mekah terutama dimusim haji. Saya pernah mengikori seorang perempuan yang menjadi ketua kumpulan kecil yang membawa dua pelastik yang berisi wang. Dia kemudianya menyerahkan plastik tersebut kepada seorang di sebuah farmasi. Mungkin dia menyimpan duit mereka ataupun sebaliknya. Apa pun niat kita untuk bersedekah haruslah tetap. Jangan menyimpan perasaan buruk sangka. Untuk mengelakan perasaan buruk sangka, kita boleh bersedekah kepada pencuci-pencuci Masjidil Haram dan petugas-petugas yang bertungkuslumus menyediakan kemudahan yang disediakan untuk pengunjung Masjidil Haram. Mereka sebenarnya tidak dibayar gaji yang banyak sebagaimana kita sangkakan. Pernah saya tanya mereka yang kebanyakannya berasal dari Pakistan, Bangladesh dan lain-lain bahawa mereka menerima kira-kira SR600-800 sebulan. Jika kita memberi wang kepada mereka, mereka akan menerimanya dengan senyuman yang menjela. Pekerja-pekerja hotel yang bertugas di tempat penginapan kita adalah berasal dari negara-negara Afrika seperti Chad, Sudan dan sebagainya. Mereka menaiki kapal, bas dan berjalan kaki meredah lautan dan gurun Sahara untuk mencari sedikit wang. Kita boleh berjumpa mereka di surau hotel sewaktu waktu solat. Mereka rajin bersolat dan sangat pemurah dengan senyuman. Dari pakaian dan paras rupa, kita dapat mengenali mereka ini. Saya merasakan mereka ini lebih layak untuk menerima sedekah kita. Pertemuan saya dengan Jamal, 20 tahun yang menceritakan bagaimana susahnya menjadi seorang Muslim di negaranya. Para alim ulama dibunuh dan disiksa. Ada yang kemaluannya dipotong dan disiksa sehingga mati. Beliau yang boleh berbahasa Inggeris menceritakan kesusuahannya untuk mencari wang di negaranya. Selepas musim haji dia akan kembali ke negaranya untuk membantu keluarganya
.

No comments: